Kerjaya kelab Andrea_Cistana

Beliau merupakan pemain lepasan akademi Brescia dan mula beraksi untuk pasukan bawah-19 Brescia ketika musim 2014–15.[1] Beliau juga diletakkan di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan Serie B 2014–15 tetapi beliau tidak diberi peluang beraksi di atas padang.[2]

Untuk musim 2016–17, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie D, Ciliverghe Mazzano.

Pada 31 Januari 2018, beliau telah menyertai kelab Serie C, Prato secara pinjaman sehingga akhir musim.[3] Beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie C pada 18 Februari dalam aksi menentang Carrarese selepas beliau menggantikan Daniele Ghidotti pada minit ke-54 permainan.[4]

Selepas kembali ke Brescia, beliau melanjutkan kontraknya bersama kelab itu sehingga tahun 2021 pada 10 September 2018.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie B bersama Brescia pada lima hari kemudian pada perlawanan menentang Pescara dengan beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan.[6]